Penyakit zahir boleh kita nampak...tumbuh dikulit berbentuk
bulatan dan berbintik2 merah itu kayap namanya, kalau putih dengan pelbagai
lakaran peta dunia panau namanya .Kalau semakin digaru semakin sedap itu kurap
sedap namanya... kalau kudis atau luka tidak pandai sembuh2 itu kancing manis
namanya disebabkan terlebih menggunakan gula dalam makanan mahupun minuman. Begitu
juga dengan penyakit pada benda seperti besi dimana akhirnya akan berkerat,
kayu menjadi reput dan pelbagai lagi jenis penyakit zahir. Beribu-ribu macam jenis
penyakit zahir boleh kita nampak dan
tidak dinafikan melalui kepakaran dalam bidang perubatan dan kecanggihan
teknologi melalui bidang sains dan para penyelidik ilmuan yang dianugerahkan
oleh Tuhan dengan ilmu tersebut telah dapat membentuk gabungan padu sehingga menghasilkan
pelbagai ubat dan penawar bagi merawat dan mencegah penyakit pada zahir yang
berpenyakit tadi.
Namun apa pula penyakit batin? Badan sehat, wajah cantik,
tenaga luar biasa, senyuman menawan tiada panau, kurap, kayap, jantung, dan
sebagainya semua menunjukkan tanda sehat walafiat tetapi kenapa disebalik zahir
tersebut timbul pelbagai penyakit sedangkan orang tersebut tidak sakit?
Ada orang mempunyai kemewahan luar biasa, semuanya serba ada
..rumah, kedai, bangunan, tanah dan pelbagai hartanah usah dipersoalkan...kalau
kereta mewah berjenama terkenal dunia usah ditanya dan dipersoalkan dari yang besar ke yang kecil semuanya mampu
dimilikinya. Kalau dia berkhendakkan apa2pun pada waktu tersebut, dengan hanya
petik ibu jari apa yang dia inginkan semuanya tersedia didepan mata.. andainya
ada kereta baru yang baru dilancarkan promosinya di kaca tv, pada waktu
tersebut juga dia akan call kilang dan booking 10 biji..pantang mendengar jenama baru
yang hebat..dia menjadi gelisah tidak tentu arah seperti cacing kepanasan
terkena simbahan cahaya matahari....tetapi setelah dibeli...rasa kepuasan pada
dirinya hilang dan hanya menetap sementara pada dirinya dan sebaliknya dia
terus mencari sesuatu yang lebih luar
biasa daripada luar biasa yang dialaminya sebelum ini. Perasaan tersebut terus
berulang-ulang menghantui dirinya dan ianya masih juga tidak mampu menghalang
kegelisahan 360 darjah yang bermain dan merobek-robekkan jiwanya...pokoknya
biar dia seorang saja yang mampu memilikinya ...”dunia ini aku yang punya”..
Ada juga orang yang mempunyai penyakit ketakutan yang
melampau, dengar bunyi kapal terbang diudara, kepalanya rasa berpusing2 seperti
mesin pembancuh simen di kilang lantas lari lintang pukang menyelamatkan diri
daripada mendengar bunyi kapal terbang tersebut. Apabila mendengar orang
berteriak memanggil namanya, dia terus menutup pintu rumahnya dan mengambil
bantal dan selimut bagi menutup telinganya daripada bunyi tersebut. kalau bulu
ketiak yang jatuh dan mengeluarkan bunyi yang kuat..itu juga termasuk dalam ketakutan
yang menguasai dirinya .. semua benda yang mengeluarkan bunyi yang kuat akan
menjadikannya dirinya terangsang dengan keghairah yang melampau untuk
menyelamatkan diri. Sebaliknya apabila bunyi sudah reda, kegelisahannya kembali
normal seperti biasa. “ Jangan dekat dengan itu bunyi”
Ada juga yang mempunyi pekerjaan yang hebat, berpangkat,
berkedudukan, disegani baik pihak lawan mahupun kawan. Kerja hebat dan sering
mendapat pujian daripada majikan. Maka anugerah cemerlang setiap tahun yang
diterimanya amat bersesuaian dengan prestasi kerja yang dia tunjukkan. Pantang
ada kesilapan oleh anak buahnya, dia akan cepat mengelabah dan berpeluh. Kalau kerja yang diarahkan oleh
pihak atasan untuk disiapkan pada hari tersebut, dia tidak akan keluar pejabat dan
kerja perlu disiapkan sebelum tepat pada masa yang dipinta oleh majikannya. Bagi
dirinya tiada ruang yang lebih istimewa selain bekerja dan terus bekerja. Siang
dan malam, samada waktu cuti ataupun tidak ,kerja perlu didahulukan. Kerisauan yang
melampau sentiasa menguasai dirinya andainya kerja tidak siap sudah tentu akan menjadi bualan oleh majikan
dan kawan-kawannya yang lain. Bagi dirinya orang lain tidak sehebat dan tidak setanding
bagi melakukan kerja-kerja yang dibuatnya. Bagi membahagiakan keluarganya pula, itu
soal ke dua, dengan wang yang ada semuanya akan dapat menyelesaikan kebahagian anak dan isterinya. Kalau ada saudara-saudara
terdekat atau kawan yang sakit mahupun meninggal dunia, tanpa kehadirannya tidak
akan menjadi masalah. Walaupun zahirnya dia tidak dapat datang tapi dengan wang
yang ada masalah tersebut bagi dirinya telah dapat menyelesaikan permasalahan
tersebut.Masa kerja tidak kira waktu bagi diri adalah satu kenikmatan yang
tidak boleh dipisahkan dalam dirinya, siapa yang menghalang dirinya daripada
melakukan kerja dipejabat samalah seperti menarik kumis singa yang kelaparan mencari mangsa digurun sahara. “
Jangan kerana marahkan nyamuk.. kelambu turut dibakar”