Saturday, December 28, 2013

Penyakit orang yang tidak sakit pada zahirnya

Penyakit zahir boleh kita nampak...tumbuh dikulit berbentuk bulatan dan berbintik2 merah itu kayap namanya, kalau putih dengan pelbagai lakaran peta dunia panau namanya .Kalau semakin digaru semakin sedap itu kurap sedap namanya... kalau kudis atau luka tidak pandai sembuh2 itu kancing manis namanya disebabkan terlebih menggunakan gula dalam makanan mahupun minuman. Begitu juga dengan penyakit pada benda seperti besi dimana akhirnya akan berkerat, kayu menjadi reput dan pelbagai lagi jenis penyakit zahir. Beribu-ribu macam jenis penyakit zahir boleh kita nampak  dan tidak dinafikan melalui kepakaran dalam bidang perubatan dan kecanggihan teknologi melalui bidang sains dan para penyelidik ilmuan yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu tersebut telah dapat membentuk gabungan padu sehingga menghasilkan pelbagai ubat dan penawar bagi merawat dan mencegah penyakit pada zahir yang berpenyakit tadi.

Namun apa pula penyakit batin? Badan sehat, wajah cantik, tenaga luar biasa, senyuman menawan tiada panau, kurap, kayap, jantung, dan sebagainya semua menunjukkan tanda sehat walafiat tetapi kenapa disebalik zahir tersebut timbul pelbagai penyakit sedangkan orang tersebut tidak sakit?
Ada orang mempunyai kemewahan luar biasa, semuanya serba ada ..rumah, kedai, bangunan, tanah dan pelbagai hartanah usah dipersoalkan...kalau kereta mewah berjenama terkenal dunia usah ditanya dan dipersoalkan  dari yang besar ke yang kecil semuanya mampu dimilikinya. Kalau dia berkhendakkan apa2pun pada waktu tersebut, dengan hanya petik ibu jari apa yang dia inginkan semuanya tersedia didepan mata.. andainya ada kereta baru yang baru dilancarkan promosinya di kaca tv, pada waktu tersebut juga  dia akan call kilang dan  booking 10 biji..pantang mendengar jenama baru yang hebat..dia menjadi gelisah tidak tentu arah seperti cacing kepanasan terkena simbahan cahaya matahari....tetapi setelah dibeli...rasa kepuasan pada dirinya hilang dan hanya menetap sementara pada dirinya dan sebaliknya dia terus mencari sesuatu  yang lebih luar biasa daripada luar biasa yang dialaminya sebelum ini. Perasaan tersebut terus berulang-ulang menghantui dirinya dan ianya masih juga tidak mampu menghalang kegelisahan 360 darjah yang bermain dan merobek-robekkan jiwanya...pokoknya biar dia seorang saja yang mampu memilikinya ...”dunia ini aku yang punya”..

Ada juga orang yang mempunyai penyakit ketakutan yang melampau, dengar bunyi kapal terbang diudara, kepalanya rasa berpusing2 seperti mesin pembancuh simen di kilang lantas lari lintang pukang menyelamatkan diri daripada mendengar bunyi kapal terbang tersebut. Apabila mendengar orang berteriak memanggil namanya, dia terus menutup pintu rumahnya dan mengambil bantal dan selimut bagi menutup telinganya daripada bunyi tersebut. kalau bulu ketiak yang jatuh dan mengeluarkan bunyi yang kuat..itu juga termasuk dalam ketakutan yang menguasai dirinya .. semua benda yang mengeluarkan bunyi yang kuat akan menjadikannya dirinya terangsang dengan keghairah yang melampau untuk menyelamatkan diri. Sebaliknya apabila bunyi sudah reda, kegelisahannya kembali normal seperti biasa. “ Jangan dekat dengan itu bunyi”


Ada juga yang mempunyi pekerjaan yang hebat, berpangkat, berkedudukan, disegani baik pihak lawan mahupun kawan. Kerja hebat dan sering mendapat pujian daripada majikan. Maka anugerah cemerlang setiap tahun yang diterimanya amat bersesuaian dengan prestasi kerja yang dia tunjukkan. Pantang ada kesilapan oleh anak buahnya, dia akan cepat mengelabah  dan berpeluh. Kalau kerja yang diarahkan oleh pihak atasan untuk disiapkan pada hari tersebut, dia tidak akan keluar pejabat dan kerja perlu disiapkan sebelum tepat pada masa yang dipinta oleh majikannya. Bagi dirinya tiada ruang yang lebih istimewa selain bekerja dan terus bekerja. Siang dan malam, samada waktu cuti ataupun tidak ,kerja perlu didahulukan. Kerisauan yang melampau sentiasa menguasai dirinya andainya kerja tidak siap  sudah tentu akan menjadi bualan oleh majikan dan kawan-kawannya yang lain. Bagi dirinya orang lain tidak sehebat dan tidak setanding bagi melakukan kerja-kerja yang dibuatnya. Bagi membahagiakan keluarganya pula, itu soal ke dua, dengan wang yang ada semuanya akan dapat menyelesaikan kebahagian  anak dan isterinya. Kalau ada saudara-saudara terdekat atau kawan yang sakit mahupun meninggal dunia, tanpa kehadirannya tidak akan menjadi masalah. Walaupun zahirnya dia tidak dapat datang tapi dengan wang yang ada masalah tersebut bagi dirinya telah dapat menyelesaikan permasalahan tersebut.Masa kerja tidak kira waktu bagi diri adalah satu kenikmatan yang tidak boleh dipisahkan dalam dirinya, siapa yang menghalang dirinya daripada melakukan kerja dipejabat samalah seperti menarik kumis singa  yang kelaparan mencari mangsa digurun sahara. “ Jangan kerana marahkan nyamuk.. kelambu turut dibakar”

Wednesday, December 25, 2013

"Wahai Tuhanku! Engkau mengetahui kezaliman dan kejahatan diriku. Jika tidak kepada Engkau kepada siapa lagi hendakku pohonkan keampunan. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Mengampuni dan Maha Mengasihani. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu-bapaku, dosa-dosa isteri dan anak-anakku, dosa-dosa saudara-saudaraku dan dosa-dosa sekalian kaum muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Engkau jualah yang mengampunkan dosa-dosa hamba-Mu. Amin!"
Untuk mengenali Pokok, kenali dulu buahnya....renung-renungkan


Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran-amaran Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~