
"Ya Allah Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang,ku panjangkan syukur kepadaMu Ya Allah dengan limpahan Rahmat daripadaMu, engkau telah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada isteriku dalam mengharungi saat2 yang mencemaskan ketika isteriku hendak bersalin. Hampir tidak bernafas dan pitam yang isteriku katakan kepadaku cukup mencemaskan dan apa yang terlintas difikiran isteriku hanya mengharapkan si Putera selamat dilahirkan tanpa mempedulikan nyawanya lagi tetapi engkau telah berikan kekuatan kepada mereka berdua Ya Allah, sehinggalah puteraku yang ditunggu selama 9 bulan ini telah selamat dilahirkan dan semoga dia menjadi anak yang soleh baik di dunia mahupun di akhirat.Amin
Buat anak2, ahli keluarga, rakan2 dan kakitangan Hospital Kota Belud, jutaan terima kasih diucapkan atas doa, semangat dan bantuan yang diberikan dari awal hinggalah isteriku selamat melahirkan seorang putera kami yang ke-5 dengan berat 3.1 Kg pada jam 6.50 pagi (23 ogos 2013) Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa kelian semua.
No comments:
Post a Comment