Sunday, October 16, 2011

Akibat Tenaga Perosak


Di mana Agama, di mana Akal, di mana Akhlak
Semuanya telah rosak
Akibat tenaga perosak
Bersemayam dijiwa yang rosak

Di mana sebelum, semasa dan selepas
dijaga ibubapa berhujan berpanas
kini hanya tinggal tempias
Terbang tinggi bila dikipas

Ilmu diberi tidak terbilang
Beribu kali Khatam Al-Quran
Jiwa hitam berbelang-belang
Nafsu No One juga diperturutkan

Jerit Perit ibubapa membesarkan
Rezeki halal untuk disuapkan
Setelah besar punah harapan
Anak memilih jalan keaiban

Tak puas dengan apa yang ada
Sedangkan lebih dari mencukupi
Nafsu menyuruh timbunkan harta
Iman didada dibuang ketepi

Bila iman jauh ketepi
Bisikan halus datang berbondong
Apa salah aku ikuti
Dosa pahala masing-masing yang tanggung

Bila kuasa sudah diberi
Ruang dihadapan no one berdiri
Mulalah lupa asal diri
Rasuah diambil untuk anak isteri

Bila sudah termakan duri
Nur di darah daging mula menyepi
Terbentuklah seketul daging yang gelap sepi
Menyambung Zuriat dikemudian hari

Berbagai teknik telah digunakan
Licik sekali sukar dikesan
Hadiah diberi sebagai alasan
Tepuk iman berilah jawapan

Ku imbas kembali sejarah kanak-kanakku
Seksanya ibubapa mencari rezeki
Berpanas berhujan membesarkan aku
Tanpa keluhan tersemat dihati

Dijaga dididik tak banyak ragam
Segala permintaan turut dipenuhi
Doa diiring siang dan malam
Mohon keberkatan pada Ilahi

Kini bila sudah dewasa
Ditambah pula kuasa yang ada
Kesengsaraan ibubapa sudah disia
Akhirnya jiwa rosak binasa

Bila sudah sedemikian rupa
Mengalirlah air mata si ibubapa
Mengenang anak yang sudah alpa
Dalam diam seksa menerpa

Bila darah daging sudah disajikan
Benda yang haram menjadi kenikmatan
Sedangkan Al-Quran jelas mengatakan
Seksaan berat Allah janjikan

Aku bukan mahu mengajar
Apatah lagi nak kurang ajar
Sama-samalah kita belajar
Umpama guru dengan pelajar

Aku juga bukannya Ustaz
Apatah lagi seorang Tok Lebai
Lama sudah aku nak start
Dengan izin Allah baru tercapai

Kupanjangkan doa kepada Ilahi
Mendapatkan Rahmat dan juga Berkat
Sama-samalah kita saling mengingati
Untuk kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat

Pok Cik Akob nama diberi
Rambut nipis belah tepi
Salam dihulur penganti diri
Dilain masa kita jumpa lagi

No comments: