
"Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" ...inilah yang telah mendorong saudara jack dari Kota Kinabalu,telah memulakan langkah bijaknya berhijrah ke Keningau untuk mengusahakan ladang itik penelur yang telah dimulakannya empat bulan yang lepas. Semangat,minat dan ingin mencuba dalam penternakan itik penelur ini merupakan pendorong kuat pada diri beliau untuk mengusahakannya.
....."selama ini ramai kawan-kawan yang mengajak saya untuk melakukan perniagaan MLM dan sebagainya...tetapi saya cuma menjadi pendengar sahaja,dan saya kurang yakin dan tidak mempunyai keyakinan dalam perniagaan tersebut"... itulah kata-kata yang dikeluarkan dari mulut beliau enam bulan yang lepas ketika saya bersembang-sembang dikedai makan dengan beliau.
Walaupun pada mulanya beliau amat susah untuk mendapatkan bekalan anak itik dan harga yang cukup mahal bagi seekor anak itik, disamping memerlukan kos yang tinggi untuk membuka ladang tersebut, namun kini usaha beliau hampir berbaloi apabila itik yang beliau usahakan empat bulan yang lepas kini akan mengelurkan hasilnya pada masa yang terdekat.Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau,semoga apa yang beliau lakukan akan menjadi contoh kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam penternakan itik penelur ini dan dapat meningkatkan produk telur masin itik yang amat kurang dipasaran.


No comments:
Post a Comment