Saturday, January 2, 2010

Usahawan contoh penternakkan itik

Aminah Mohamad



JELI 02 JULAI 2008 – Bermula dengan hanya 500 ekor itik jenis Muscovy kini Aminah Bt Mohamad, 31, mampu mempunyai 950 ekor itik jenis tersebut sewaktu di temui dekat reban penternakan beliau dekat sini hari ini.

Apa yang amat membanggakan beliau merupakan adalah salah seorang bekas graduan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang gigih mengusahakan ternakan ini.Sebelum mengusahakan ternakan itik ini, beliau pernah menghadiri kursus penternakan itik pedaging yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sekarang beliau merupakan salah seorang yang mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari jabatan terbabit..info selanjutnya..


Elly Yuza Mahmud

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

"Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor...info selanjutnya...



No comments: